Wednesday, July 23, 2008
Alat Kegemaran Kegemaran Saya
Posted by Shafiqah at 1:59 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Telefon Bimbit Kegemaran Saya
Pada zaman yang moden serta canggih ini, hampir semua orang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Ada yang mampu mempunyai yang mahal dan yang tidak kemampuan, yang murah pun jadi.
Saya suka semua jenis telefon bimbit. Tetapi hanya ada satu yang amat saya gemari iaitu model 'Sony Ericsson w350i Walkman Phone'. Ia dijual dalam tiga warna iaitu hitam, biru dan putih. Ia mengandungi 'bluetooth' yang boleh menghantar lagu-lagu, gambar-gambar, dan lain-lain lagi. Ia juga mangandungi 'FM Radio' dan penutup yang boleh dijentik.
Ia dibentuk dengan kamera 2 Megapixel dan berharga $329. Saya ingin sangat untuk mempunyai telefon bimbit ini hinggakan saya termimpi-mimpi.
Oleh kerana ibu saya menyatakan bahawa saya terlalu muda untuk mempunyai telefon bimbit dan harganya juga agak mahal, impian saya hanya dalam mimpi.
Posted by Shafiqah at 1:45 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Wednesday, July 9, 2008
Filem Komedi
Tahukah anda semua bahawa saya minat pada filem-filem komedi seperti "Just for Laughs"? Ia sungguh lucu sekali. Apabila saya sekeluarga menontonnya, saya rasa terhibur dengan telatah pelakon-pelakonnya. Lebih-lebih lagi ayah saya yang tidak dapat menahan kelucuannya sehingga ketawa terbahak-bahak.
Saya tidak minat pada filem seram, suspen, lebih-lebih lagi filem hantu kerana tidak suka ditipu oleh cerita yang boleh memeranjatkan, menakutkan dan memperbodohkan saya sehingga terpengaruh.
Oleh itu, filem-filem komedi ialah kegemaran saya. Ia boleh menghilangkan kelesuan dan stress.
Posted by Shafiqah at 2:01 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Kucing
Kucing adalah binatang peliharaan yang amat saya gemari kerana ia comel dan suka bermain-main. Tetapi, sayangnya, ibubapa saya tidak benarkan saya memeliharanya. Oleh itu, saya akan bermain dengan kucing yang berada di sekitaran kawasan perumahan saya.
Pada mulanya, ibubapa saya marah dengan sikap saya yang kerap kali suka bermain dan kasihankan kucing liar yang kelaparan. Lama- kelamaan, mereka memahami akan niat baik saya. Oleh itu, selalunya saya akan membeli makanan kucing dan menyimpannya.
Ada satu anak kucing kegemaran saya yang berwarna hitam bertampuk putih dan coklat yang saya namakan 'Panda' kerana matanya seperti mata 'panda'. Apabila ada waktu lapang, saya dan kakak saya akan mencari kucing-kucing di kawasan rumah saya untuk memberi makan. Kami juga bermain-main dengan kucing-kucing itu, lebih-lebih lagi si 'Panda'. Ia akan bergolek-golek di kaki saya dan membuat saya lebih menyayanginya.
Jika ada anak kucing yang baru dilahirkan di kolong flat, saya akan berinya minuman susu. Takut juga pada pegawai yang bertugas yang melarang orang-orang memberi makan kepada kucing liar. Tetapi pada pandangan saya, perbuatan saya tidak mengotorkan persekitaran dan amalan yang mulia ini kerana saya membeli makanan yang kering.
Semoga dirahmati Allah.
Posted by Shafiqah at 1:21 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Badminton
Pada cuti sekolah di bulan Jun, saya diperkenalkan dengan sukan permainan badminton. Pada setiap petang, saya bersama jiran-jiran saya akan bermain badminton di hadapan rumah saya. Kebetulan saya tinggal di tingkat satu. Mula-mula agak kekok dan lama-kelamaan, saya rasa seronok.
Ia menjadi sukan kegemaran saya. Sukan ini dapat menguji mental, pergerakkan mata, kaki dan badan kita. Ia juga senaman yang baik dan juga riadah yang sangat membina. Saya percaya dengan sukan ini, akal akan jadi cerdas juga berupaya menguasai panca indra dan menyihatkan badan.
Posted by Shafiqah at 1:12 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Muzik
Saya amat berminat dengan alat muzik organ walaupun saya belum cekap bermainnya. Ayah saya memberi perangsang dan tunjuk ajar bagaimana untuk memainkan sesuatu irama. Muzik dapat menenangkan fikiran saya dalam keadaan suka atau duka.
Saya akan rasa terhibur apabila mendengar alunan alat-alat muzik sehingga dibuai dalam khayalan. Bunyi-bunyian instrumental dan lagu yang berirama sentimental menjadi inspirasi bagi hidup seharian saya.
Sungguh Menghiburkan...
Posted by Shafiqah at 1:00 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Tuesday, July 8, 2008
Menghayati Al-Quran
Sebagai seorang muslim, kita mempunyai kewajipan untuk melakukan solat dan juga membaca Al-Quran. Saya amat meminati bacaan Al-Quran sehingga berjaya memasuki peringkat akhir piala Mufti Singapura, Said Isa Semit bahagian kanak-kanak dalam hafalan surah Juz Amma.
Bagaimanapun saya tidak berjaya memenangi di peringkat akhir oleh kerana tidak dapat menyaingi pelajar-pelajar madrasah yang dapat menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran. Oleh kerana minat saya dalam membaca Al-Quran, saya telah mempelajari bahasa Arab untuk memahami dan mendalami isi kandungannya.
Mana tahu satu hari nanti saya dapat memasuki pertandingan dengan lebih bersemangat dan dengan terjemahan yang mantap.
Insya' Allah.. Amin.
Posted by Shafiqah at 3:30 AM 0 comments