CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, July 9, 2008

Kucing

Kucing adalah binatang peliharaan yang amat saya gemari kerana ia comel dan suka bermain-main. Tetapi, sayangnya, ibubapa saya tidak benarkan saya memeliharanya. Oleh itu, saya akan bermain dengan kucing yang berada di sekitaran kawasan perumahan saya.

Pada mulanya, ibubapa saya marah dengan sikap saya yang kerap kali suka bermain dan kasihankan kucing liar yang kelaparan. Lama- kelamaan, mereka memahami akan niat baik saya. Oleh itu, selalunya saya akan membeli makanan kucing dan menyimpannya.

Ada satu anak kucing kegemaran saya yang berwarna hitam bertampuk putih dan coklat yang saya namakan 'Panda' kerana matanya seperti mata 'panda'. Apabila ada waktu lapang, saya dan kakak saya akan mencari kucing-kucing di kawasan rumah saya untuk memberi makan. Kami juga bermain-main dengan kucing-kucing itu, lebih-lebih lagi si 'Panda'. Ia akan bergolek-golek di kaki saya dan membuat saya lebih menyayanginya.

Jika ada anak kucing yang baru dilahirkan di kolong flat, saya akan berinya minuman susu. Takut juga pada pegawai yang bertugas yang melarang orang-orang memberi makan kepada kucing liar. Tetapi pada pandangan saya, perbuatan saya tidak mengotorkan persekitaran dan amalan yang mulia ini kerana saya membeli makanan yang kering.
Semoga dirahmati Allah.

0 comments: