Wednesday, July 23, 2008
Alat Kegemaran Kegemaran Saya
Posted by Shafiqah at 1:59 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Telefon Bimbit Kegemaran Saya
Pada zaman yang moden serta canggih ini, hampir semua orang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Ada yang mampu mempunyai yang mahal dan yang tidak kemampuan, yang murah pun jadi.
Saya suka semua jenis telefon bimbit. Tetapi hanya ada satu yang amat saya gemari iaitu model 'Sony Ericsson w350i Walkman Phone'. Ia dijual dalam tiga warna iaitu hitam, biru dan putih. Ia mengandungi 'bluetooth' yang boleh menghantar lagu-lagu, gambar-gambar, dan lain-lain lagi. Ia juga mangandungi 'FM Radio' dan penutup yang boleh dijentik.
Ia dibentuk dengan kamera 2 Megapixel dan berharga $329. Saya ingin sangat untuk mempunyai telefon bimbit ini hinggakan saya termimpi-mimpi.
Oleh kerana ibu saya menyatakan bahawa saya terlalu muda untuk mempunyai telefon bimbit dan harganya juga agak mahal, impian saya hanya dalam mimpi.
Posted by Shafiqah at 1:45 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Wednesday, July 9, 2008
Filem Komedi
Tahukah anda semua bahawa saya minat pada filem-filem komedi seperti "Just for Laughs"? Ia sungguh lucu sekali. Apabila saya sekeluarga menontonnya, saya rasa terhibur dengan telatah pelakon-pelakonnya. Lebih-lebih lagi ayah saya yang tidak dapat menahan kelucuannya sehingga ketawa terbahak-bahak.
Saya tidak minat pada filem seram, suspen, lebih-lebih lagi filem hantu kerana tidak suka ditipu oleh cerita yang boleh memeranjatkan, menakutkan dan memperbodohkan saya sehingga terpengaruh.
Oleh itu, filem-filem komedi ialah kegemaran saya. Ia boleh menghilangkan kelesuan dan stress.
Posted by Shafiqah at 2:01 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Kucing
Kucing adalah binatang peliharaan yang amat saya gemari kerana ia comel dan suka bermain-main. Tetapi, sayangnya, ibubapa saya tidak benarkan saya memeliharanya. Oleh itu, saya akan bermain dengan kucing yang berada di sekitaran kawasan perumahan saya.
Pada mulanya, ibubapa saya marah dengan sikap saya yang kerap kali suka bermain dan kasihankan kucing liar yang kelaparan. Lama- kelamaan, mereka memahami akan niat baik saya. Oleh itu, selalunya saya akan membeli makanan kucing dan menyimpannya.
Ada satu anak kucing kegemaran saya yang berwarna hitam bertampuk putih dan coklat yang saya namakan 'Panda' kerana matanya seperti mata 'panda'. Apabila ada waktu lapang, saya dan kakak saya akan mencari kucing-kucing di kawasan rumah saya untuk memberi makan. Kami juga bermain-main dengan kucing-kucing itu, lebih-lebih lagi si 'Panda'. Ia akan bergolek-golek di kaki saya dan membuat saya lebih menyayanginya.
Jika ada anak kucing yang baru dilahirkan di kolong flat, saya akan berinya minuman susu. Takut juga pada pegawai yang bertugas yang melarang orang-orang memberi makan kepada kucing liar. Tetapi pada pandangan saya, perbuatan saya tidak mengotorkan persekitaran dan amalan yang mulia ini kerana saya membeli makanan yang kering.
Semoga dirahmati Allah.
Posted by Shafiqah at 1:21 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Badminton
Pada cuti sekolah di bulan Jun, saya diperkenalkan dengan sukan permainan badminton. Pada setiap petang, saya bersama jiran-jiran saya akan bermain badminton di hadapan rumah saya. Kebetulan saya tinggal di tingkat satu. Mula-mula agak kekok dan lama-kelamaan, saya rasa seronok.
Ia menjadi sukan kegemaran saya. Sukan ini dapat menguji mental, pergerakkan mata, kaki dan badan kita. Ia juga senaman yang baik dan juga riadah yang sangat membina. Saya percaya dengan sukan ini, akal akan jadi cerdas juga berupaya menguasai panca indra dan menyihatkan badan.
Posted by Shafiqah at 1:12 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Muzik
Saya amat berminat dengan alat muzik organ walaupun saya belum cekap bermainnya. Ayah saya memberi perangsang dan tunjuk ajar bagaimana untuk memainkan sesuatu irama. Muzik dapat menenangkan fikiran saya dalam keadaan suka atau duka.
Saya akan rasa terhibur apabila mendengar alunan alat-alat muzik sehingga dibuai dalam khayalan. Bunyi-bunyian instrumental dan lagu yang berirama sentimental menjadi inspirasi bagi hidup seharian saya.
Sungguh Menghiburkan...
Posted by Shafiqah at 1:00 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Tuesday, July 8, 2008
Menghayati Al-Quran
Sebagai seorang muslim, kita mempunyai kewajipan untuk melakukan solat dan juga membaca Al-Quran. Saya amat meminati bacaan Al-Quran sehingga berjaya memasuki peringkat akhir piala Mufti Singapura, Said Isa Semit bahagian kanak-kanak dalam hafalan surah Juz Amma.
Bagaimanapun saya tidak berjaya memenangi di peringkat akhir oleh kerana tidak dapat menyaingi pelajar-pelajar madrasah yang dapat menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran. Oleh kerana minat saya dalam membaca Al-Quran, saya telah mempelajari bahasa Arab untuk memahami dan mendalami isi kandungannya.
Mana tahu satu hari nanti saya dapat memasuki pertandingan dengan lebih bersemangat dan dengan terjemahan yang mantap.
Insya' Allah.. Amin.
Posted by Shafiqah at 3:30 AM 0 comments
Wayang Hindustan Penghibur Hati
Memang benar kata orang, menonton wayang hindustan atau tamil mengambil masa yang panjang. Saya gemar menonton wayang hindustan kerana ia sangat menghiburkan dengan pemandangan dan alam sekitaran yang indah apabila dendangan lagu dimainkan. Di situ saya dapat menikmati alam sekitar semula jadi di negeri-negeri lain.
Barisan pelakon-pelakonnya sungguh kacak dan jelita. Begitu juga kostum-kostumnya yang menarik dan menawan. Ada juga jalan cerita yang sangat menarik dan menyayat hati yang boleh dijadikan iktibar. Lagu-lagunya pula sungguh indah dengan irama yang berdayu-dayu sehingga saya menghafalnya dan menyanyi dengan keluarga apabila berkaraoke.
Sungguh Terhibur!
Posted by Shafiqah at 2:10 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Buku Kegemaran Saya
Sudah tentu ramai yang telah membaca banyak buku-buku cerita. Sudahkah kamu baca buku cerita inngeris yang bertajuk "My Story"? Ini adalah sebuah cerita benar yang dikarang oleh Dave Pelzer sendiri.
Saya telah banyak membaca buku-buku cerita tetapi cerita ini sangat saya gemari hinggakan saya membacanya lebih daripada dua kali. "My Story" telah menitiskan air mata saya.
Ia mengisahkan seorang budak lalaki yang hidup dalam ketakutan terhadap ibunya yang kejam. Cerita ini merupakan kasih sayang, sifat baik hati, kesabaran dan kejayaan. Walaupun dalam keadaan malangnya, dia akhiri dengan kejayaan.
Bacalah buku ini kalau ingin tahu cerita selanjutnya.
Selamat membaca! :)
Posted by Shafiqah at 1:34 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Monday, July 7, 2008
Permainan Yang Saya Minati
Permainan yang sangat saya gemari ialah "monopoly". Monopoly ialah permainan yang dapat membantu dalam ilmu hisab.
Sekurang-kurangnya, tiga pemain diperlukan, seorang "banker" dan dua atau lebih orang pemain. Apabila menjadi "banker", sedikit banyak saya dapat bayangkan bagaimana tentang untung dan rugi. Sebagai pemain pula, saya dapat mempelajari cara jual-beli.
Oleh itu, permainan ini dapat menguji kebolehan kita dalam urusan bisnes. Setiap kali apabila saya main "monopoly", semakin pintar kiraan saya dan untung akhirnya.
Di masa itu, saya terfikir dan berangan untuk menceburi dalam bidang bisnes apabila dewasa kelak. Insya-Allah cita-cita saya akan tercapai. Amin.
Posted by Shafiqah at 5:39 AM 0 comments
Hobi Saya
Hobi saya adalah membaca, tidak kira ia majalah, buku, artikel-artikel, suratkhabar atau buku-buku teks. Saya bolah membaca dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Setiap malam, sebelum tidur, saya akan membaca dan juga pada masa-masa lapang.
Membaca dapat meluaskan minda saya dan dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Bak kata pepatah, "Yang baik dijadikan teladan, dan yang buruk dijadikan sempadan."
Dengan banyak membaca, saya juga dapat memperbaiki bahasa ibunda dan bahasa inggeris saya.
Posted by Shafiqah at 4:02 AM 0 comments
Labels: Shafiqah
Makanan Kegemaran Saya
Makanan kegemaran saya ialah nasi goreng. Ada pelbagai macam nasi goreng. Nasi goreng ikan bilis, nasi goreng black pepper, nasi goreng pattaya dan lain-lain lagi.
Yang paling saya suka ialah nasi goreng merah. Ia mengandungi cili kering, udang kering, bawang putih, bawang dan belacan. Apabila makan, saya akan campurkan dengan ikan bilis dan telur hancur. Kadangkala bersama hirisan sausage. Minumannya pula saya padankan dengan teh 'o' daun pandan. Mmm...!! Tak sedar pun sesiapa lalu di sebelah.
Posted by Shafiqah at 3:18 AM 0 comments
Labels: Shafiqah